SEMUA JEMAAH DIJEMPUT HADIR BAGI MENGIMARAHKAN MASJID DAN MENAMBAH ILMU.. |
"Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid ALLAH ialah orang yang beriman kepada ALLAH dan hari kemudian,serta tetap mendirikan solat,menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapapun) selain kepada ALLAH, maka merekalah orang yang diharapkan termasuklah golongan yang mendapat petunjuk" Surah at-Taubah : 18
Sunday, December 11, 2011
Monday, November 21, 2011
Sumbangan Amal Jariah.....
Sebarang sumbangan bolehlah dibuat terus melalui akaun:
BANK ISLAM - BANK PEMBANGUNAN MASJID IBNU SINA
14032010023399
atau
MAYBANK - BANK PENTADBIRAN MASJID IBNU SINA
564061002225
BANK ISLAM - BANK PEMBANGUNAN MASJID IBNU SINA
14032010023399
atau
MAYBANK - BANK PENTADBIRAN MASJID IBNU SINA
564061002225
Hari Raya Aidil Adha 2011
Dato' Yusof dan Dato' Hata tersenyum riang di pagi raya...heheee
Ready for sembelih...Allahuakbar!!!
Ustaz Salleh merenung sebentar dgn lembu yg bakal dikorbankan...huhuhuuuu
Allahuakbar...Allahuakbar..Laa ilaa Haillallah hu wallahuakbar..!!!
Selesai sudah....
Sapo tuh..!!
Pemandangan indah diluar Masjid
Hj Rahman sedia memulakan langkah kungfu nyerrr...(Jgn cari pasal dgn gua arr) yiehaaa..
Agak2 kome bape ekor lg lembu dlm lori tu...copek kiro!!
Hj Lebai - "jgn main kat sini,bahaya yop"
Budak baju biru - "iyoolaaa"
'cepat sket melapah tu jang'
Abg halim - 'Haha..pasni bolehler masak sup gearbox versi saga BLM aku nih..yuhuuu'
Seronok beno ust salleh ni..apekeheii!!
Wednesday, November 16, 2011
Friday, October 21, 2011
AMALAN YANG PERLU DIPERBETULKAN
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang
amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah
terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut
oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau
terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang
dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:
- Kenduri arwah
Kenduri arwah dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, Perlu pula
menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang
datang membaca tahlil.
Harta peninggalan simati perlu digunakan dan dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam.
- Keutamaan bersedekah
Hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin)
orang kerap salam berisi (hadiah wang yang
diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.Tetapi jika menziarah
orang mati, tidak segan pula
salam tak berisi.
Sepatutnya jika menziarah keluarga si matilah kita perlu memberi sedekah bagi meringankan keluarga tersebut.
- Berpakaian
Menghadiri majlis dan menjalankan tugasan harian kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah mahupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang
tak berbaju. Dimanakan keutamaannya???
- Solat sunat
Solat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas.. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan
di rumah seperti
yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan
rasa riak.
- Kenduri bermusafir
Jika nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam
Islam antaranya ialah kerana selamat dari, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan
lain.
- Memenuhi jemputan
Menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa
yang dihidang supaya tuan rumah
rasa gembira dan tidak membazir.
- Ketaatan
Jika bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas,tak ribut pun tetap tak datang ke
masjid. Sungguh tak malu manusia begini,
rezeki
Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
- Berhias
Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang
terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
27 Mei 2012 : Kunjungan Dan Solat Jumaat D.Y.M.M Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj ...
-
SEMUA JEMAAH DIJEMPUT HADIR BAGI MENGIMARAHKAN LAGI MASJID DAN MENAMBAHKAN ILMU PENGATAHUAN INSYAALAH .
-
Sebarang sumbangan bolehlah dibuat terus melalui akaun: BANK ISLAM - BANK PEMBANGUNAN MASJID IBNU SINA 14032010023399 atau MAYBANK -...
-
Dato' Yusof dan Dato' Hata tersenyum riang di pagi raya...heheee Ready for sembelih...Allahuakbar!!! Ustaz Salleh merenung...
-
Pada 3 Julai 2009,keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sul...
-
AMALAN YANG PERLU DIPERBETULKAN Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang ...
-
CERAMAH BULANAN UST GHAZALI IBRAHIM (abg Arwah Ust Asri RABBANI) Pada 17.11.2011(Khamis) SELEPAS SOLAT MAGHRIB Tempat Masjid...